Saturday 14 April 2012

Siapa CEO Terbaik Berturut-turut ?


SHAH ALAM - Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tony Fernandes diumumkan sebagai CEO terbaik Malaysia untuk kali kedua berturut-turut ketika pengiktirafan kecemerlangan Anugerah Tadbir Urus Korporat Asia di Hong Kong.



Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, anugerah itu mengiktiraf pencapaiannya sebagai pencetus revolusi dalam industri penerbangan.

Di bawah kepimpinan itu, AirAsia telah berkembang menjadi jenama yang bertaraf dunia dan inovatif dengan tambang rendah dan perkhidmatan berkualiti tinggi.

Selain anugerah peribadi, AirAsia juga merangkul dua anugerah perhubungan pelabur syarikat terbaik untuk Malaysia dan pegawai perhubungan pelabur terbaik Malaysia dua tahun berturut-turut.

Menurut Fernandes, anugerah itu merupakan satu penghormatan besar bagi AirAsia.

Katanya, 2012 adalah tahun yang hebat dengan pelancaran sulung AirAsia ke Filipina dan bakal melebarkan sayap ke Jepun, sejajar wawasan untuk berkembang di seluruh Asia.

“Dalam tempoh 10 tahun, AirAsia muncul sebagai peneraju industri penerbangan sekali gus menjadi pemain utama dengan pasaran permodalan bernilai RM9.42 bilion,” katanya. (SH)