Tuesday, 17 April 2012

Satu cabutan dari Forum Perdana - Kisah CEO Hebat Dunia

Umat Islam sekarang macam kapal selam, sekejap nampak, sekejap hilang. Sekejap timbul, sekejap tenggelam. Pada pendapat saya (ustazah), umat Islam berpecah kerana tiada visi yang sama.
Apabila ditanya visi, kita perlukan matlamat. Maka visi seorang ibu pada anak mungkin mahu anaknya jadi doktor, jurutera, guru dan sebagainya. Manusia ini membangun bukan pakai otak semata-mata. Mengikut kajian saintifik, hanya 30% menggunakan otak manakala 70% lagi adalah faktor-faktor luaran. Luaran ini termasuklah EQ dan SQ dimana E membawa maksud Emotion dan S adalah Spiritual.
Satu kajian telah dilakukan kepada CEO-CEO hebat di dunia dan hasil keputusan kajian ialah CEO yang hebat ini menggunakan 20% otak contohnya peperiksaan dan akademik manakala baki 80% lagi adalah pembawaan sahsiah, EQ dan SQ.
Jadi, ini bermakna faktor luaran perlu dibentuk iaitu visi. Visi utama kita adalah taat kepada Allah dan sayang kepada seluruh manusia. Keluarga patut meletakkan visi pertama ini pada anak-anak. Jika anak jadi polis, jadilah polis yang beriman. Jika anak menjadi pemimpin, jadilah pemimpin yang beriman.
Untuk itu, proses penyucian harus berlaku setiap hari, sama macam kita memberus gigi atau mandi. Visi ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :-
§  Visi jangka pendek : menjadi hamba Allah yang beriman.
§  Visi jangka sederhana : membangunkan tamadun sebagai khalifah Allah.
§  Visi jangka panjang : menatap wajah Allah di syurga.
Semua ini bermula dari satu asas, diri sendiri. Jika koyak diri maka koyaklah keluarga. Jika koyak keluarga maka koyaklah ummah. Sekarang ini kita lihat, kita punya Surah Al-Asr (
[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. )
tetapi moralnya ada pada jepun. Kita punya Iqra(
1]
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
[2]
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
[3]
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
[4]
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
[5]
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
[6]
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
[7]
Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
[8]
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
[9]
Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) -
[10]
Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
[11]
Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -
[12]
Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
[13]
Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?
[14]
Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
[15]
Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -
[16]
Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
[17]
Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
[18]
Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!
[19]
Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!
Tags: Al-'Alaq, Mekah
  ) tetapi moralnya ada pada negara barat.  Maka adanya visi yang sama dengan ilmu pengetahuan, berpadulah ummah ini.