Thursday 12 September 2013

Pengurusan STRATEGIK satu renungan....


Pengurusan strategik menjadi sebagai satu rangka kerja yang tersusun dan sistematik. Ia perlu diterapkan dalam set minda pada setiap ahli organisasi.Organisasi tidak dapat meramal dengan tepat tentang masa hadapan.Walau bagaimanapun, pengurusan strategik dapat dijadikan sebagai satu alat percubaan untuk memahami tentang tekanan-tekanan dan perubahan-perubahan pada persekitaran masa depan secara sistematik dan strategik. Pengurusan strategik akan menjadikan organisasi bertindak secara aktif bagi menghadapi sebarang perubahan dan seterusnya pula memimpin perubahan tersebut,bukannya sebagai pengikut dalam perubahan tersebut.Pengurusan strategik menjadikan seseorang itu sebagai pemimpin yang cemerlang; melakukan sesuatu yang betul, dengan betul, pada orang yang betul, pada tempat yang betul, pada masa yang betul dan dalam belanjawan yang betul. Pengurusan dan perancangan strategik berkaitan membuat keputusan. Keputusan yang dibuat pada hari ini, amat penting untuk hari esok dan masa depan.Sebagai contoh: dari kisah sejarah bagaimana keputusan yang diambil oleh Saidina Omar Al-Khattab,khalifah kerajaan Islam di Madinah yang kedua telah mengambil keputusan untuk mendokumenkan Al-Quran secara sistematik. Pendokumentasian Al-Quran sebelum ini tidak dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.Oleh itu terdapat tentangan tentang idea tersebut, tetapi oleh kerana beliau mempunyai pemikiran yang strategik, yang melihat perubahan persekitaran di mana ramai para hafiz telah syahid dalam peperangan, maka keputusan mendokumenkan Al-Quran itu amat penting. Ianya menjadikan peraturan hidup berkekalan dan tetap terpelihara. Begitu jugalah dengan usaha Imam Bukhari yang mendokumenkan hadith. Jadi proses perancangan strategik itu ialah proses mendokumenkan secara sistematik apa yang akan dilakukan, siapa yang akan melakukan,siapakah pelanggan yang menerima perkhidmatan kita,dan bagaimanakah cara kita memenuhinya di samping menjadikannya sebagai satu rujukan untuk mengambil tindakan pencegahan, pemulihan dan penambahbaikan.Hakcipta GuruBashid